Friday, October 22, 2010

Ibubapa derhaka

Rancangan Semanis Kurma penah membincangkan topik berkenaan dengan isu IbuBapa Derhaka.

Selain itu, majalah Solusi juga turut pernah membincangkan topik menarik ini.

Ibubapa juga boleh derhaka pada si anak?
selalu darah si ibu atau bapa mudah saja rasa nak marah pada anak mereka sebab melawan cakap. sebenarnya, sebelum si anak derhaka kepada kedua orang tuanya, mereka terlebih dahulu telah derhaka kepada anak mereka.

Petikan cerita dari rancangan Semanis Kurma...

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

ada tiga perkara yang bapa patut buat;
1. pilih isteri yg baik supaya dapat didik anak dengan sempurna
2. beri nama yang baik kepada anak supaya menjadi doa sepanjang hayatnya
3. ajar anak dengan al-Quran
Petikan dari majalah Solusi...
Ironinya, jika ada segelintir ibubapa yang sanggup mendera anak mereka dengan api dari puntung rokok di dunia, namun lebih ramai ibubapa yang bakal mendera anak mereka dengan api neraka. Ibubapa ini adalah Ibubapa yang tidak menunjukkan teladan yang baik dalam mendidik anak anak. Inilah ibubapa yang derhaka.
Anak ibarat sehelai kain putih, Ibubapa lah yang mencorakkan nya. Jadi, mengapa setiap kali berlaku atau wujud masalah dalam sebuah institusi kekeluargaan, anak juga yang pertama sekali dipersalahkan???

2 comments:

Avicenna said...

fuh... ni bole jadi penulis majalah ni . ekeke

myRRa Rekacinta said...

itu cita2 mase kecik tu. ekeke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...