Pregnant?
* morning sickness, start pada minggu ke 7
* sakit perut rasa macam perut ni kembung, kalau baring mengiring pun akan rasa sakit.
* Period tak datang atau keluar sedikit jer darah
* Sakit belakang
* Constipation. This symptom is caused by hormone changes, and the growing uterus pressing against the bowel.
* Muntah2
tentukan anda berjumpa doctor secepat munkin. Mengapa? Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak didalam rahim, bukan diluar rahim ( Ectopic! Bahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa saperti hamil anggor (Molar pregnancy - juga bahaya! )
Tiga bulan pertama sangat penting !Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari nutfah ( air mani) kepada alaqah, seterusnya menjadi mugdah, akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ2 serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantong. Denyutan jantong dapat dikesan oleh ultrasound seawal 6 minggu kandungan.
Cegah keguguran !Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam ) tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkait, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, Xray, ubat2 moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.
Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medical atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat dihospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarong kondom pada tiga bulan pertama kandongan. Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandongan.
Cegah Kecacatan bayi !Makan ubat folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir kandongan. Makanan yg ada folic acid ni: Nasi, roti, asparagus, orange juice, kekacang(soya bean, tempe), sayuran hijau dan lain2. Minum susu untuk pembentukan tulang baby dan makan buah2an banyak kerana badan perlukan vitamin untuk menyerap zat2 makanan yang kita makan tu.
Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandongan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat2 saperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doctor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling. Jauhkan hamil jika umor melebihi 45 tahun.
Berserah dan tawakkal kepada Allah swt. Doa setiap masa Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami. Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 Kul, dan ayat Qursi kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.
No comments:
Post a Comment