Terdetik juga di hati, “kalau tahu jadi macam ni…“.
Post ini saya ingin kongsikan tips bisnes berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui agar kita dapat belajar khas kepada mereka yang baru ingin memulakan perniagaan sendiri.
#1 – Tindakan Lebih Penting Dari Ilmu Bisnes
Jika membaca kisah usahawan yang berjaya, majority mereka dari yang suka bertindak. Apabila mempelajari sesuatu ilmu baru, mereka terus mempraktikkan ilmu tersebut. Itu membezakan kenapa mereka berjaya dan kenapa yang lain masih ditakuk lama.Berapa banyak dalam masyarakat kita hari ini mempunyai kesedaran untuk memulakan perniagaan sendiri. Telah hadir pelbagai jenis seminar perniagaan, telah membaca pelbagai jenis buku berkaitan dunia bisnes, telah menonton pelbagai rancangan bisnes tetapi masih tidak mengambil sebarang tindakan.
#2 – Jangan Hilang Fokus
Setiap perniagaan yang ingin berkembang bukan sahaja perlukan modal kewangan sahaja tetapi ia juga perlukan modal tenaga, idea, kreativiti, masa dan sebagainya. Oleh itu, ramai usahawan berjaya menyarankan agar kita tidak mengerjakan beberapa perniagaan serentak di dalam satu-satu masa kerana kita mempunyai limitasi terhadap perkara-perkara tersebut.Ketika kita asyik mengusahakan sesuatu perniagaan, maka tidak semena-mena banyak sekali peluang perniagaan lain yang nampak meyakinkan dan menguntungkan muncul. Sebelum ini tidak pernah pula kita melihat peluang keemasan sebegini!
Sebenarnya itu salah satu cabaran dan dugaan terhadap usahawan baru seperti kita. Banyak peluang-peluang sebegini cuba mengalihkan fokus kita dalam mengerjakan perniagaan utama kita. Jadi abaikan sahaja peluang tersebut.
Fokus kepada perniagaan kita sekarang dan sentiasa katakan kepada diri sendiri bahawa perniagaan yang kita sedang usahakan sekarang adalah yang terbaik.
#3 – Ubah Mindset
Pada mulanya, saya berpendapat seseorang itu dikategorikan berjaya di dalam bisnes apabila beliau dapat memandu kereta mewah, memiliki rumah yang besar, memakai pakaian berjenama mahal dan pelbagai simbol kejayaan palsu lain.bersambung...